Sekarang ni semakin menjadi-jadi pula kes penipuan pakej pelancongan. Mereka yang ditipu bukan sikit-sikit malah sampai mencecah ribuan ringgit dan ada juga yang menjanjikan pelbagai kemudahan disediakan contohnya menginap di hotel mewah, transport yang selesa, makanan dan solat terjaga tapi bila dah sampai sana, macam-macam isu pulak. Disini kami nak tekankan mengenai kes penipuan wang dan cara anda dapat elak dari ditipu oleh agensi pakej pelancongan. Kalau sikit-sikit ok lah juga tapi kalau dah berpuluh ribu??? Jadi sebelum anda terkena, Mood travel nak kongsikan sikit beberapa cara boleh digunakan.Jangan mudah terpedaya dengan pakej pelancongan yang ditawarkan kepada anda. Buat perkara ini terdahulu sebelum anda berurusan. 1.Semak travel agensi berlesen Semak senarai agensi travel di laman web kementerian pelancongan motourgov.my . pastikan kita berurusan dengan agensi yang sah. Jika tiada dalam senarai, berhenti berurusan dengan agensi tersebut supaya tidak ditipu. 2. Bayaran menggunakan cek atau bank draf. Pembayaran mengunakan cek atau bank draf akan mengambil masa selama 3 hari. Jika dalam masa 3 hari tu kita rasa ada yang tak kena, kita masih ada masa untuk hubungi pihak bank untuk hentikan transaksi. 3.Minta resit bayaran
Resit bayaran adalah bukit pembayaran yang anda buat. Minta resit walaupun wakil pakej pelancongan adalah rakan anda sendiri. Pastikan resit yang diterima tertera nama syarikat beserta nombor pendaftaran dengan kementerian pelancongan, alamat syarikat dan nombor telephone. Jangan cepat percaya jika resit mereka dari kedai stationary. 4. Semak komen di media social Kebanyankan agensi pelancongan mempunyai follower mereka di media sosial contohnya facebook, Instagram atau twitter. Lihat pada ruangan komen untuk melihat maklum balas dari pelangan yang pernah sertai agensi pelancongan tersebut. 5. Simpan segala dokumen dalam sebuah fail Setiap bayaran mesti mempunyi resit. Simpan resit tersebut masukkan dalam file bagi memudahkan untuk membuat rujukan semula. Jangan masukkan dalam poket seluar sebab selalunya kita lupa, item ni kita selalu masukan dalam mesin basuh. Kalau dah masuk mesih basuh resit tersebut mesti hancur dan dah tak ada bukti untuk buat rujukan. 6. Bincang buat bayaran berkala Salah satu cara kita tak rugi banyak jika nak terkena sekali pun. Bayar duit booking kebiasaannya adalah sebanyak RM500. Selepas itu agensi pakej pelancongan akan meminta bayaran kedua dan bayaran akhir apabila tarikh penerbangan makin hampir. Minta kepastian sebelum membuat pembayaran. Jika untuk tempahan tiket flight minta bukti selepas beberapa hari untuk salinan itinerary. Tengok pakej murah dan tempat yang menarik tu memang kita teruja nk pergi, tp alert dengan benda ni supaya anda tidak tertipu.
0 Comments
|
|