Kecanggihan smartphone sekarang ni mengikut peredaran zaman.Pelbagai fungsi boleh dilakukan. Banyak juga kebaikan yang diperolehi. Nak dikatakan benda utama yang perlu ada dalam kehidupan adalah 'smartphone'. Pergi sana sini dengan smartphone.Tapi korang tahu tak mengenai 'Smartphone cepat mati masa musim sejuk? Tak ramai yang tahu pasal ni, selalu orang share tentang pemakaian yang sesuai kan. Thermal wear, winter coat, fleece, warmer, spike dan so on. Tapi kali ni Mood Travel nak share CARA NAK ATASI PHONE MATI DI MUSIM SEJUK. Kita lupa, sebenarnya gajet pun perlukan pakaian panas sendiri, terutamanya handphone sebab selalunya ramai yang guna handphone saja untuk ambil gambar ianya lebih mudah dan cepat. Kalau suhu yang di bawah 0°c, handphone memang cenderung untuk ‘termati’ dengan sendirinya walaupun secara hakikatnya, bateri banyak lagi. Ini normal sebab suhu terlalu sejuk dan handphone tak boleh adapt dengan suhu bawah paras beku tu. Beli warmer/heat pack yang ada pelekat tu. Ambil heat pack/body warmer lah paling senang. Kemudian tampalkan kat belakang handphone yang bahagian bateri tu. Kalau handphone guna casing, tampal kat bahagian dalam casing, jangan luar casing sebab nanti tak berkesan sangat. Keputusannya, prestasi handphone jadi lebih baik sebab kekal suhu normal/panas walaupun suhu di luar tengah sejuk menggila.Nampak macam kelakar dan pelik kan? Tapi serius membantu. Mana nak cari heat pack? Senang je, korang boleh cari dekat Daiso, kat sana memang ada jual. Murah je. Harap tip ini dapat membantu korang yang akan travel musim sejuk ni.
0 Comments
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |