Rakyat Malaysia yang kehilangan pasport bakal dikenakan denda antara RM300- RM1,200.
Bagi kehilangan kali pertama dikenakan denda sebanyak RM300. Untuk penggantian posport kali kedua denda sebanyak RM700 dan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar diluar negara, denda sebanyak RM600 akan dikenakan. Kehilangan bagi kali ketiga akan dikenakan denda sebanyak RM1200 manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar di luar negara dikenakan denda sebanyak RM1100. Sebelum ini, tiada denda dikenakan bagi pemilik yang kehilangan pasport.Sebanyak 31,287 pasport Malaysia dilaporkan hilang bagi bulan jan hingga jun 2017.Lebih dari 70% daripadanya memberi alasan "Tak ingat simpan dimana" Peringatan bagi kaki travel diluar sana. Simpan pasport anda di tempat yang betul seperti simpan di tempat dokumen penting yang lain supaya anda tak terlepas pandang. Jika perkara ini terjadi kepada anda semasa anda keluar negara, ambil langkah yang betul. Untuk tahu lebih info lanjut mengenai cara penyelesaian pasport hilang diluar negara. Anda boleh ke http://www.moodtravel.co.uk/blog/apa-nak-buat-kalau-passport-hilang
0 Comments
|
|