Tempat-tempat sejuk dan bersalji memang menjadi pilihan pelancong malaysia, maklum la dekat malaysia mana nak dapat sajlikan. Mount Titlis adalah salah satu tempat yang wajib Mood Travel akan singgah bagi trip London-Zurich. Tahukah anda terdapat fakta menarik tentang Mount Titlis ni. Mari kita tengok. Fakta pertama, Puncak Mount Titlis terletak di atas garis salju. Faktor tersebut menyebabkan salji hampir selalu ada di puncaknya. Pada musim panas juga mempunyai salji, bayangkan apabila saat musim dingin. Pada bulan Februari, Suhu di Mount Titlis boleh menurun hingga -16 darjah celsius. Anda boleh bayangkan tak bertapa sejuknya dekat sana. Brr! Fakta kedua, Mount Titlis di Engelberg punya tinggi 3.239 Mdpl. Mount Titlis memiliki puncak tertinggi di bagian Utara dari Susten Pass. Masa untuk sampai ke Mount Titlis mengambil masa dalam satu jam setengah bagi yang menaiki kendaraan dari Zurich, bahkan kurang satu jam kalau bagi menaiki kereta dari Lucerne. Fakta ketiga, pelancong yang datang memang tak perlu risau cara untuk mendaki sebab dekat sana dah di sediakan cable car untuk kepuncak Mount Titlis.anda boleh menikmati pemandangan dari bawah dengan menaiki cable car. Cable car ini juga adalah yang pertama di dunia dan mempunyai tiga tingkat, Gerschnialp (1.262 m), Trubsee (1.796 m), dan Stand (2.428 m), memang gayat la, tapi pemandangan dari cable car luar biasa indah. Fakta keempat, setiap pelancong yang naik cable car ke puncak Mount Titlis akan masuk ke Glacier Cave iaitu gua ais. Sebelum sampai ke hamparan ais di luar cable car, anda perlu mengikut lorong ke kiri bagi menuju ke Glacier Cave. Udara di Glacier Cave dipertahankan hingga -1,-5 darjah celsius.
Glacier Cave memiliki panjang 150 meter dan terletak 20 meter di bawah permukaan ais. Cahaya lampu yang berwarna biru pun membuat gua ais ini semakin nampak menarik.
0 Comments
|
|